Soalan: Sekiranya anda dikehendaki untuk bercerita tentang seorang rakan anda sekarang, siapakah dia?
"Oh, seorang kawan? Well, aku ada ramai kawan tapi kalau mau cerita tentang seorang kawan, rasanya kawan aku yang ini lah. Aku terfikir untuk bercerita tentang dia bukan kerana dia banyak keburukan atau aku benci dia tapi pasal persahabatan kami unik kot.Ops, nama pun kawan, sori, x faham soalan.
Okeh. Dia perempuan. Orangnya sederhana tinggi, muka dan kelembutan ada macam rupa Seohyun SNSD dan Nora Danish. Cantiklah. Kami satu batch di IPG, dia kelas lain dan kami mula rapat sejak kami tinggal serumah waktu Praktikum yang pertama. Orang cakap dia ada attitude problem. Tapi sepanjang aku serumah dengan dia, dialah paling ok. Di rumah tu ada 9 orang ok.. Macam SNSD kan? ehehe..ops sori, berangan.
Apa yang unik tentang dia, walaupun dia sangat lembut luaran, sangat proper, sangat menjaga penampilan diri tapi mau bangunkan dia..errrrrr..hehe.. tapi comel. Ala, aku bukan mau ceritakan keburukan dia, aku cuma rasa itu dia punya charm. Aku pernah bangunkan dia start jam 3 sampailah jam 5 petang dia belum bangun lagi. Comel!
Waktu praktikum yang lepas kami tinggal di rumah yang ada 3 bilik. Dan kawan aku ni sepatutnya tidur di tingkat bawah, tapi dia duduk lepak kejap di bilik aku. Waktu tu aku di bilik sebelah buat kerja.Dalam jam 12 am aku mau tidur, dia masih di katil tu. Sepatutnya aku kongsi dengan 2 orang kawan lagi. Kawan aku yang sepatutnya tidur di sana terpaksa switch dengan dia pasal dia susah mau bangun. Lalu aku pun tidurlah dengan dia sampai pagi. Comel kan?
Selain tu, dia ni pendengar yang baik. Waktu tu aku belum rapat dengan dia sampai kongsi-kongsi rahsia. Well, girls. Ada satu masa tu, i really need someone to talk. Dan antara 8 orang tu, aku pilih dia. Aku panggil dia ke bilik aku, dan suruh dia tutup pintu. Bayangkan, kami x rapat pun, tapi tiba-tiba aku mau ceritakan rahsia yang aku x ceritakan pun dengan rumate aku waktu tu. Sweetkan kami? hehe..
I like her...
Waktu praktikum ke 2 pun aku tiba-tiba teringat suasana di rumah sewa praktikum 1 dan aku sms dia..
My sweet friend yang akan kahwin lepas study kot.Sekarang ni dia tengah kawan dengan senior aku dulu.