Blog List
Wednesday, October 17, 2012
Pelindungku
Suatu masa dulu aku pernah terkeliru perasaan aku dengan seorang kawan rapat. Dan dia tolak dengan baik. Sesungguhnya Allah itu maha adil. Kini, sahabat aku sendiri pula mengalami masalah yang sama terhadap aku. Tapi, aku pula tidak dapat melakukan tindakan yang sama seperti orang yang pernah aku 'terkeliru' dulu.
Aku tidak berkenan dengan caranya yang bagiku terlalu 'advance'. Kecenderungannya terlalu 'mesra' dan tidak 'cool'. Sukar untuk aku jelaskan. Tetapi perkataan 'gatal' mungkin sedikit jelas. Dia tidak melakukan apa-apa skin contact, tapi dari perkataan dan lirikan mata buat aku meluat. Aku cuma selesa menjadi sahabat, lebih dari itu, tidak sama sekali. Pernah dulu waktu aku di dalam dewan exam, dia melihat aku tanpa berkata apa-apa sehingga aku rasa sangat tidak selesa. Kenapa harus memandang aku begitu? Tidakkah itu 'PERVERT'? Dan itu bukan calon suami aku langsung. Belum kahwin sudah mengada-ngada. Baru berkawan sudah berani cuci mata. Hish, sudahlah. Sampai di situ saja cerita aku tentang dia. Ngeri!
Hal ini buat aku takut dan sangat takut. Beberapa hari aku runsing. Dengan siapa aku patut mengadu dan mohon perlindungan. Kalau ada abangku di sini sudah tentu mukanya biru.Tetapi, akhirnya aku menemui jalan penyelesaian apabila aku sedar, aku boleh memohon perlindungan dari Tuhanku, Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Melindungi.. Sehebat mana pun dia mengganggu, dia tidak akan dapat meneruskan niatnya terhadapku, kerana Allah melindungi aku... ^_________^
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment