Monday, September 17, 2012

En. Red Carpet

Posted by Cahaya Keremajaan at 7:51 AM
        
       Selalu aku mencuba dan berharap. Tiap kali itu juga pasti terjatuh. Tapi kerana percaya, ku ternanti-nanti siapakah dia yang diberikan red carpet oleh Pencipta aku dan dia. Sebelum ku tahu siapa dia, ku persiapkan diri untuk menjadi sebaik mungkin yang aku mampu. Sesungguhnya yang baik untuk yang baik, yang jahat untuk yang jahat. Ya Allah, sempatkanlah diriku untuk menjadi yang baik.

      Sekiranya ditanya, jika kisah dulu datang kembali adakah aku akan berpaling masuk ke kisah itu semula? Setulusnya dari hati aku, tidak. Tapi tiada apa yang dapat merubah persepsiku dengan dia. Baik selamanya baik. Tapi red carpet ini bukan untuk dia. Tapi untuk seseorang yang entah di mana.


        Sementara menanti anda, saya akan cuba jadi sebaik mungkin.. InsyaAllah..^^

0 comments:

Post a Comment

 

cerita si kelip-kelip Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea