Soalan: Sekiranya anda dikehendaki untuk bercerita tentang seorang rakan anda sekarang, siapakah dia?
"Oh, seorang kawan? Well, aku ada ramai kawan tapi kalau mau cerita tentang seorang kawan, rasanya kawan aku yang ini lah. Aku terfikir untuk bercerita tentang dia bukan kerana dia banyak keburukan atau aku benci dia tapi pasal persahabatan kami unik kot.Ops, nama pun kawan, sori, x faham soalan.
Okeh. Dia perempuan. Orangnya sederhana tinggi, muka dan kelembutan ada macam rupa Seohyun SNSD dan Nora Danish. Cantiklah. Kami satu batch di IPG, dia kelas lain dan kami mula rapat sejak kami tinggal serumah waktu Praktikum yang pertama. Orang cakap dia ada attitude problem. Tapi sepanjang aku serumah dengan dia, dialah paling ok. Di rumah tu ada 9 orang ok.. Macam SNSD kan? ehehe..ops sori, berangan.
Apa yang unik tentang dia, walaupun dia sangat lembut luaran, sangat proper, sangat menjaga penampilan diri tapi mau bangunkan dia..errrrrr..hehe.. tapi comel. Ala, aku bukan mau ceritakan keburukan dia, aku cuma rasa itu dia punya charm. Aku pernah bangunkan dia start jam 3 sampailah jam 5 petang dia belum bangun lagi. Comel!
Waktu praktikum yang lepas kami tinggal di rumah yang ada 3 bilik. Dan kawan aku ni sepatutnya tidur di tingkat bawah, tapi dia duduk lepak kejap di bilik aku. Waktu tu aku di bilik sebelah buat kerja.Dalam jam 12 am aku mau tidur, dia masih di katil tu. Sepatutnya aku kongsi dengan 2 orang kawan lagi. Kawan aku yang sepatutnya tidur di sana terpaksa switch dengan dia pasal dia susah mau bangun. Lalu aku pun tidurlah dengan dia sampai pagi. Comel kan?
Selain tu, dia ni pendengar yang baik. Waktu tu aku belum rapat dengan dia sampai kongsi-kongsi rahsia. Well, girls. Ada satu masa tu, i really need someone to talk. Dan antara 8 orang tu, aku pilih dia. Aku panggil dia ke bilik aku, dan suruh dia tutup pintu. Bayangkan, kami x rapat pun, tapi tiba-tiba aku mau ceritakan rahsia yang aku x ceritakan pun dengan rumate aku waktu tu. Sweetkan kami? hehe..
I like her...
Waktu praktikum ke 2 pun aku tiba-tiba teringat suasana di rumah sewa praktikum 1 dan aku sms dia..
My sweet friend yang akan kahwin lepas study kot.Sekarang ni dia tengah kawan dengan senior aku dulu.
Blog List
Tuesday, November 27, 2012
Insiden seorang tukang masak yang pemalas
Insiden petang ni
#aku pegi dapur macam biasa. Mama badmood. Aku takut dan aku tunggu mama habis goreng ikan, baru aku pegi masak sayur. Okeh, mama siap. Aku singgah kejap di meja makan, "eh, banyak lagi sayur ni". Aku pun angkat towel ngan kain sarung dan masuk ke dalam kamar mandi dengan fikiran yang sangat 'clear' dan gembira. Lalalala..naik atas, you tube-ing. Nda lama lepas tu, 'tok tok tok', buka pintu, ada mama

"ko x masuk sayur?".....
"oo? aku tengok banyak lagi sayur tadi........"
sudah mama potong tadi tu, ingatkan ko masak..
..................
cakap dalam hati
(tadi mama diam ja, ingatkan suma ok.aku mana boleh baca isihati orang lain.....)
Cerita belum habis, aku pun tidurkan laptop dan turun. Sampai ja di pintu dapur,aku tengok kakak ipar aku yang belum penah masak sejak cuti ni tengah masak sayur, abang pula masak nasi. MAMFUSSSSS!!!! Semua tu tugas aku. Aku mati-mati ingat semua ok. Pasal tu aku selamber pi mandi. ADEH!!..
Aku takut mau pi dapur, aku pun duduk selamber baca metro hari ni..
"uiyooo...pari teda ekor. Alaa, x jelas plak gambar ni"
"uishhh..eksiden di penampang. Kebakaran pun ada, palis-palis"
Tiba-tiba..
"OOOOOOOO!!!!"
Tu bukan bunyi aku kena tampar tapi ada berita pasal SM Town buat konsert di Singapura. Pergh.. ada plak SNSD.
Kakak ipar ngan abang masih lagi di dapur. Adeh, "daripada aku kena bagi amaran pasal ponteng memasak, baik aku betapuk di bilik". And here i am, writing an entry...^^
Jangan contohi aku, aku budak jahat.
Thursday, November 22, 2012
Driving first time
Salam.
Hari ni aku belajar driving.FIRST TIME. Bapa aku yang jadi tutor. Ok. Kereta tu bergerak terhenjut-henjut. Enjin mati 2 kali. Tengah aku driving ada plak kereta di belakang. Apa lagi. Aku panik. Enjin mampos. Ok.Jangan panik.Kereta belakang tu kreta kazen aku. Start enjin pelan-pelan. Tekan clutch sampai Singapore dan masuk gear. Kereta tu pun jalan lenggang-lenggang. Sori. Dis is my first tym. Tapi yang aku protes, bapa aku membunuh keberanian aku la. Asal aku lepas clutch, amaran,amaran dan amaran. Pergh!!! Aku pun driving macam kereta sakit. Tapi memang tidak dinafikan aku memang bebal. Da pesan awal-awal, kalo mo masuk gear tekan clutch sampai tecabut bonet depan. Tapi dengan slumbernya aku setting gear sebelum tekan clutch. Pastu aku masih x sure letak kaki kanan aku di break atau minyak. Hari ni aku driving aku lepas clutch dan tekan minyak sket2. Best woo..Kereta berjalan.
Hari ni aku takut-takut driving cuz kereta bapa aku besar.Frontier. Dan bapa aku garang sket.Tapi, tengoklah nanti bila abang wan yang ajar aku driving. Dia tuh kawan abang aku, dia drive laju weh. Macam sumaker. Jadi, bla aku kena ajar oleh dia, so aku anak murid sumaker la kan? Ehehehe.. Harap-harap dia x la marah-marah. Let me try. Let me feel the fast the purius. Sabtu ni bengkel sampai ke petang.
Tapi driving best woo..^__^

Friday, November 16, 2012
Hati-hati bila tinggalkan beg shopping ^^
Hari tu aku dan femili pegi shopping di sebuah mall yang famous di KK. Shopping mall ni ada sejak aku kecik. Kami pun masuklah ke sebuah kedai yang banyak barang comel-comel, barang rumah, dapur, kamar mandi dan sebagainya. Semua ada kecuali baju.
Tapi, sebelum masuk, kami tinggalkanlah barang-barang di luar tu. Sorang Makcik yang jaga. Pertengahan umur dan free hair. Sebelum masuk bapa aku berat hati tengok banyak barang perlu tinggalkan di luar tu. Tapi aku masukkan bakul-bakul kecik di bakul-bakul besar. Himpit-himpit semua, jadilah 3 bakul. Nampak betul mau shopping tuh..ehehe..
Then, kami pun masuk secara berpecah. Sorang ke kiri, sorang ke kanan. Bapa aku masuk lambat sket. Lama juga kami shopping dalam tu. Tengok-tengok ja lebih, belinya sikit ja. Pastu kami pun keluar. Aku dan mama pegi ambik barang dekat kaunter barang tu. Tengah aku ambik barang tanpa was-was, aku terpandang satu plastik kecil yang familiar di kawasan barang-barang tu. "eh..macam plastik tadi di kedai patung". Bila aku nampak plastik tu, aku pun macam syak la, kot-kot tu kami punya plastik tadi.Tapi cek dulu. Cek punya cek, sampai bapa and mama aku pelik. Triple cek lagi aku. SAH! Tiada dalam bakul plastik kami. Dalam bakul plastik kecik tu ada 3 ekor patung untuk anak-anak buah aku.
Aku pun dengan pastinya ke kaunter tu. "err..macam ada barang tinggalla..tu" aku tunjuk dekat plastik tu. Makcik tu pun tanya dengan tidak mesranya. "Apa? apa isi plastik tu". Oleh sebab aku dan mama yang pilih patung tu dan aku lah juga yang menyimpan bakul plastik tu dari tadi, kompom2 la aku tau apa isinya..." 3 PATUNG" .. Takut-takut juga aku dia tanya macam mana rupa patung tu. Yang aku ingat bear ja ngan 2 lagi kaler pink2. Rupa ntah apa2.
Then, dia pun ambik beg tu dan hulur tanpa cakap apa-apa. Aku pun senang hati pasal dapat balik anak patung tu dan mungkin juga aku telah menumpaskan sindiket penipuan.
GOOD JOB!
Moral of the story, kalau tinggalkan barang di kaunter barang, pastikan ingat berapa jumlah bakul yang dtinggalkan dan kalau boleh ikat supaya barang-barang yang kecil tidak jatuh.Selain tu, barang-barang yang mahal dan muat dalam beg tangan, simpanlah dalam beg tangan. Komfem selamat. ^^
Thursday, November 15, 2012
seorang lebih baik
aku rasa kurang sihat.Mungkin penat mental dan fizikal.Diam dibilik lebih selesa.Mencari teman untuk bicara. Tapi seorang pun tiada menjawab. Tenggelam aku sendiri dalam khayalan. Hampir hanyut dengan perasaan. Mujur aku masih kuat mental untuk menulis cerita ini. Ku rasa berat dihati, tenang jauh sekali. Entah kenapa.
Sunday, November 11, 2012
Akhir yang manis
Akhir semester sudah selamat ditempuhi. Assignment dan final exam sudahpun berlalu.Dan semester ini berakhir dengan sesuatu yang manis. Kisah pun bermula..
Minggu ini,minggu terakhir aku akan melihat dia di sekitar Institut. Buku yang aku pinjam dari dia masih tersusun kemas di rak buku. Risau, macam mana aku hendak kembalikan buku itu. Segan untuk berjumpa berdua. Aku takut dia salah faham dan menjauhi. Aku tidak mahu. Ah..Kebetulan seorang sahabatku hendak meminta movie dariku. Bolehlah aku mengirimkan buku pada sahabat ini. Fuh..selamat maruahku. Aku tidak mahu melihat dia senyap dan sekadar bertutur sepatah dua denganku seperti dia menyerahkan buku itu denganku. Hatiku pasti terluka. Ini pertemuan kali terakhir. Malah,aku juga tidak mahu mengucapkan selamat tinggal. Okeh.Semua kerisauan sudah selesai. Memang aku tidak ditakdirkan berjumpa dengannya.
Ku tarik beg perlahan-lahan sambil mengintai ke tingkat bawah. Oh, sahabatku sudah siap. Aku pun turun ke bawah. Berat, banyak beg ku. Jam menunjukkan jam 12.15 pm. Sahabat-sahabat ku sudah siap masuk ke dalam kereta. Ish..lambat lagi aku kali ni. Dalam hilai tawa ku bercerita dengan mereka, sempat ku menoleh ke arah sebuah kereta di luar masjid institut. "dia masih di sini...". Dan aku pasti itu kali terakhir aku akan melihat kereta itu di situ.Aku menatap henfon ku," patutkah aku beritahu dia aku sudah ingin balik?...ah..nantilah"..masih teragak-agak.
Lama pula menunggu kaunter dibuka kali ini. Nasib baiklah ada sahabat juga balik dengan flight yang sama. Tidaklah terlalu bosan. Aku masih terfikir dia. Aku pun keluarkan henfon..
" Salam. Gud luck untuk hidup yang baru. saya balik dulu.di airport da.Maafkan salah silap sy. Tanx untuk semuanya.=) "
Itu saja yang mampu aku katakan. Ku tatap henfon. Masih tiada balasan. Ku simpan henfon di dalam poket dan terus check-in. Kami pun meneruskan perjalanan ke bahagian atas untuk menunggu waktu masuk ke boarding room.Ku tatap henfon kembali..'eh,ada sms..'

" flight jam brapa?"
"2.20pm"
Selepas itu senyap. Detik hatiku kata, mungkin dia ingin datang ke sini? ah..mustahillah. Berhenti berharap. Dan aku terus bercerita dengan sahabat ku. Tapi tanpa aku sedar, aku melihat kearah parkir kereta setiap masa.Tanpa sedar aku berharap. Bodoh.eh ada panggilan telefon..dari dia.
"hello..kamu di mana?"
" di airport"
"ya lah..di mana?"
"di atas tengah tunggu masa mo terbang"
DAN DIA MUNCUL
Dalam pertemuan tu, tiada kata-kata yang istimewa macam dalam drama melayu. Tapi pertemuan tulah paling bermakna untuk aku. Aku bersahabat dengan dia sejak 2008. Tapi aku puas hati bila 3 tahun lepas aku sudah pun berterus terang dengan dia walaupun katanya 'ada lelaki yang lebih baik untuk kamu'.. tettt!!hehe..
Its the end. Kami masih sahabat dan aku tidak menunggu dia. Sekiranya ada lelaki yang bleh buat aku jatuh hati, aku akan terima enche tersebut.Inikah redha namanya? hehe..
Note :
#kelmarin aku nampak sorang lelaki di mart. Hensemnya. Muka chinese looking, tinggi dan badan x gemuk dan x kurus terlampau.Hehe...mungkin itukah lelaki yang lebih baik yang dia maksudkan? ececeh...
Thursday, November 8, 2012
Take care OB
Saya pilih untuk tidak jumpa kamu untuk kali terakhir. Mungkin kita jumpa lagi lain kali bila saya sudah kerja. ^^ Jaga diri baik-baik, saya doakan kamu hepi salu. Bye..
Subscribe to:
Posts (Atom)