Saturday, September 15, 2012

Ini aku, mungkin kita berbeza

Posted by Cahaya Keremajaan at 4:25 AM
Sekarang tengah tunggu waktu Isyak sambil duduk menghadap lap top. Siang tadi pegi open house, makan laksa. Sekarang perut rasa pedih la pula..huhu...Mungkin pasal sebelum p open house aku makan megi kot..huhu..

Sepatutnya sekarang ni aku harus buat kerja da, tapi entahlah aku macam malas mo mula. Sekarang ni aku suka sibuk waktu orang lain tdur. Waktu org sibuk aku plak suka tidur. Maksudnya aku suka mula buat kerja tengah malam. Kalo mo p sekolah aku suka bangun jam 4.15 pagi. Rasa nyaman ja p mandi teda orang. Kalo aku terbangun lambat, contohnya jam 4.45 pagi da, mula lah aku rasa bad mood. Even kalo jam 4.30 am pun kalo aku ternampak da student2 lain p mandi, aku rasa aku failed. Failed mengatur jadual. Pelikkan? hehe..

Lepas tu, awal pagi lepas subuh, aku suka kemas bilik. Buka jendela luas-luas, untuk masukkan angin sejuk. Nyaman. On music. Kalo insaf sket, aku pasang alunan ayat Al-Quran. Lagi tambah nyaman. Waktu tu, di asrama ni masih sepi. Buka pintu luas-luas, sapu-sapu, kemas2 jemuran. Tengok kiri kanan. Sunyi ja..Gembira.

Lagi, aku suka bilik aku wangi. Orang lain hepi dapat tengok wayang, beli baju baru dan lain-lain. Aku x, aku gembira bila dapat beli febreze, pencuci kain, pewangi bilik,pelembut pakaian dan yang sewaktu dengannya.

Hari tu aku bercerita dengan sorang kawan. Aku gitau dia rutin aku tym sekolah menengah, aku suka pegi library baca buku dan belajar sorang-sorang sana. Dia cakap aku macam teda life, x dapat merasai nikmat dunia. Tapi dia silap, setiap orang tu dibesarkan dengan cara yang berbeza, cara berfikir pun berbeza. Aku gembira bila dapat studi, bila dapat baca buku, bila dapat kemas bilik dan bila dapat jaga diri sebaik-baiknya. Aku tertekan bila masa aku terbuang pegi tengok wayang, pegi lepak2 dan apa saja aktiviti buang masa. Hakikatnya setiap manusia itu berbeza. Aku x hina pun orang2 yang suka sesuatu yang berlawanan dengan aku. Aku peduli diri sendiri ja pun. Tapi conversation itu berakhir dengan baik. Pasal aku tau setiap manusia itu berbeza. 

Orite, its 7.25 pm. Time for Isyak makin hampir..Salam.^^


0 comments:

Post a Comment

 

cerita si kelip-kelip Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea