Minggu ini,minggu terakhir aku akan melihat dia di sekitar Institut. Buku yang aku pinjam dari dia masih tersusun kemas di rak buku. Risau, macam mana aku hendak kembalikan buku itu. Segan untuk berjumpa berdua. Aku takut dia salah faham dan menjauhi. Aku tidak mahu. Ah..Kebetulan seorang sahabatku hendak meminta movie dariku. Bolehlah aku mengirimkan buku pada sahabat ini. Fuh..selamat maruahku. Aku tidak mahu melihat dia senyap dan sekadar bertutur sepatah dua denganku seperti dia menyerahkan buku itu denganku. Hatiku pasti terluka. Ini pertemuan kali terakhir. Malah,aku juga tidak mahu mengucapkan selamat tinggal. Okeh.Semua kerisauan sudah selesai. Memang aku tidak ditakdirkan berjumpa dengannya.
Ku tarik beg perlahan-lahan sambil mengintai ke tingkat bawah. Oh, sahabatku sudah siap. Aku pun turun ke bawah. Berat, banyak beg ku. Jam menunjukkan jam 12.15 pm. Sahabat-sahabat ku sudah siap masuk ke dalam kereta. Ish..lambat lagi aku kali ni. Dalam hilai tawa ku bercerita dengan mereka, sempat ku menoleh ke arah sebuah kereta di luar masjid institut. "dia masih di sini...". Dan aku pasti itu kali terakhir aku akan melihat kereta itu di situ.Aku menatap henfon ku," patutkah aku beritahu dia aku sudah ingin balik?...ah..nantilah"..masih teragak-agak.
Lama pula menunggu kaunter dibuka kali ini. Nasib baiklah ada sahabat juga balik dengan flight yang sama. Tidaklah terlalu bosan. Aku masih terfikir dia. Aku pun keluarkan henfon..
" Salam. Gud luck untuk hidup yang baru. saya balik dulu.di airport da.Maafkan salah silap sy. Tanx untuk semuanya.=) "
Itu saja yang mampu aku katakan. Ku tatap henfon. Masih tiada balasan. Ku simpan henfon di dalam poket dan terus check-in. Kami pun meneruskan perjalanan ke bahagian atas untuk menunggu waktu masuk ke boarding room.Ku tatap henfon kembali..'eh,ada sms..'
" flight jam brapa?"
"2.20pm"
Selepas itu senyap. Detik hatiku kata, mungkin dia ingin datang ke sini? ah..mustahillah. Berhenti berharap. Dan aku terus bercerita dengan sahabat ku. Tapi tanpa aku sedar, aku melihat kearah parkir kereta setiap masa.Tanpa sedar aku berharap. Bodoh.eh ada panggilan telefon..dari dia.
"hello..kamu di mana?"
" di airport"
"ya lah..di mana?"
"di atas tengah tunggu masa mo terbang"
DAN DIA MUNCUL
Dalam pertemuan tu, tiada kata-kata yang istimewa macam dalam drama melayu. Tapi pertemuan tulah paling bermakna untuk aku. Aku bersahabat dengan dia sejak 2008. Tapi aku puas hati bila 3 tahun lepas aku sudah pun berterus terang dengan dia walaupun katanya 'ada lelaki yang lebih baik untuk kamu'.. tettt!!hehe..
Its the end. Kami masih sahabat dan aku tidak menunggu dia. Sekiranya ada lelaki yang bleh buat aku jatuh hati, aku akan terima enche tersebut.Inikah redha namanya? hehe..
Note :
#kelmarin aku nampak sorang lelaki di mart. Hensemnya. Muka chinese looking, tinggi dan badan x gemuk dan x kurus terlampau.Hehe...mungkin itukah lelaki yang lebih baik yang dia maksudkan? ececeh...

0 comments:
Post a Comment