Monday, October 29, 2012

i call this panyasalan..

Posted by Cahaya Keremajaan at 7:34 AM 0 comments
Kalau aku peduli apa yang aku rasa, cerita kita x akan habis kot. Aku keliru kot nih. Tapi malam ni, apasal la aku suggest lagu tu ngan dia. Menyesal! Dia minta suggest lagu best, aku bagila 1 lagu ni. Sebenarnya bila aku dgr lagu tu aku teringat cerita dongeng yang dibintangi aku dan dia. Tapi apasal la aku mereng suggest dia lagu tu. Nanti dia ingat aku syok ngan dia plak lg.Aish..Buat x tau ja la..Buat bodoh..

Thursday, October 18, 2012

Partner praktikum ku ala bucuk bucuk (-_-")

Posted by Cahaya Keremajaan at 6:13 AM 0 comments
Hey! Aku sebenarnya bakal cikgu.Cikgu yang kuat berangan. Cikgu yang suka buat skrip teater. Cikgu yang boleh menteteskan ayer matha ketika menulis sekeripnya. Cikgu yang suka buat teater lalu seterez satu macam. Cikgu yang suka buat typing error sambil tidak membayangkan anak murid membaca belognya.

Sejak kebelakangan ni, roomate aku dan koncho-konchonya sibuk berdebat tentang penempatan praktikum. Guru pelatih yang lain bagaimana? Sibuk juga memikirkan partner praktikum? Kenderaan? Bagaimana pula dengan rumah sewa?

Owh! Saya tidak. Mungkin kerana saya bukan orang berfikiran jauh. Mungkin juga kerana aku sudah pasrah. Pasrah dengan pasangan praktikum kali ini. Kenapa aku? kenapa aku? Mestilah ada sebabnya. Tadi aku cubalah ajak dia bincang pasal penempatan praktikum. Aduhai....cakap dengan kerusi la pula. Its ok..its ok. aku tenangkan diri. Aku ambil masa menikmati tiap-tiap zarah udara yang aku tidak dapat lihat menerobosi liang-liang sel di lubang hidungku. Lalu ku menyebut namanya sekali lagi dengan soalan yang sama. Akhirnya berjawab. Aduhai...

Kerana itu, kali ini aku pasrah. Yang penting aku ada TEAM. Praktikum mengajar aku Partner tidak penting. Yang penting, TEAM. Kenapa TEAM itu penting, kerana sem ini ada INTERNSHIP. Paham murid-murid? Sebut betul-betul INTERNSHIP.

RPH buat sorang-sorang.
BBM buat sorang-sorang.
 REFLEKSI buat sorang-sorang. Teda yang dikongsi-kongsi.
MARKAH tinggeh sorang-sorang, rendah pun sorang-sorang gak.

So, janganlah difikirkan sangat pasal partner praktikum ni. Praktikum aku yang first sekali pun dengan dia juga. Aku boleh blah dengan markah ohsem juga. SO?

The memoir of Kuala Apas ^^


Praktikum 2 with ohsem TEAM

Discussion wit Ohsem frenz

GOOD LUCK My Self ^^

Sweet surprise...^^

Posted by Cahaya Keremajaan at 12:12 AM 0 comments
Aku bosan. 3 hari da ambik mc pasal demam sikitlagimalaria. So, dalam 3 hari tu hari-hari ku dipenuhi dengan mimpi yang terpaksa. So, di petang yang indah ni. Aku ambik keputusan untuk beriadah. Aku pun berjalan-jalanlah. Berjalan-jalan di blog orang.ekekeke..(aku mo exercise?)

Jalan punya jalan, aku jumpa gambar ni.

Sources ada tertera di gambar tu. Comel kan. Pagi-pagi sebelum pegi kerja, fuh silau, buka penghadang tu dan tada!!!!.. Action lepas tu tidak dapat dibayangkan akibat terlalu excited..hehe

sweetkan? kan? kan? .. sambil terengat cik abang tu..aisyhh...Verangan-ness yang makin menjadi-jadi. Tapi tanpa speciality tu mana bleh aku jadi script-writer utk theater kan..ecececeh...(speciality kedua masok baquwl unkqat sendiry...)

Wednesday, October 17, 2012

Pengadil mengadili diadili

Posted by Cahaya Keremajaan at 6:15 AM 0 comments

Tanpa kita sedar,semua manusia pernah mengumpat. Tudung besar, tudung kecil, tudung obama, syria, semua sama saja. Mulai hari ini, janganlah kita menilai orang dari apa yang kita lihat. Janganlah menilai orang. Hentikanlah. Melainkan diminta untuk jadi pengadil. Barulah boleh menilai. 

Pengalaman mengajar manusia. Ya! aku seorang yang innocent, mudah percaya dan agak lurus bendul. Tetapi setelah hidup di persekitaran ini, itulah kesimpulan yang aku perolehi, jangan mudah percaya. Tidak semestinya apa yang kita lihat itu, itulah corak sebenarnya. Bukan!. Kalau masih ingin menilai, pandanglah lagi seribu kali. Memandang bukan saja dengan mata, pandanglah dengan hati. Buat apa menilai? Untuk apa? Jawapanku, supaya tidak memakan diri sendiri. Supaya aku lebih mengenal orang disekeliling ku dan supaya aku berasa selamat, tidak dimakan hidup-hidup. =)

Pelindungku

Posted by Cahaya Keremajaan at 6:03 AM 0 comments

Suatu masa dulu aku pernah terkeliru perasaan aku dengan seorang kawan rapat. Dan dia tolak dengan baik. Sesungguhnya Allah itu maha adil. Kini, sahabat aku sendiri pula mengalami masalah yang sama terhadap aku. Tapi, aku pula tidak dapat melakukan tindakan yang sama seperti orang yang pernah aku 'terkeliru' dulu. 

Aku tidak berkenan dengan caranya yang bagiku terlalu 'advance'. Kecenderungannya terlalu 'mesra' dan tidak 'cool'. Sukar untuk aku jelaskan. Tetapi perkataan 'gatal' mungkin sedikit jelas. Dia tidak melakukan apa-apa skin contact, tapi dari perkataan dan lirikan mata buat aku meluat. Aku cuma selesa menjadi sahabat, lebih dari itu, tidak sama sekali. Pernah dulu waktu aku di dalam dewan exam, dia melihat aku tanpa berkata apa-apa sehingga aku rasa sangat tidak selesa. Kenapa harus memandang aku begitu? Tidakkah itu 'PERVERT'? Dan itu bukan calon suami aku langsung. Belum kahwin sudah mengada-ngada. Baru berkawan sudah berani cuci mata. Hish, sudahlah. Sampai di situ saja cerita aku tentang dia. Ngeri!

Hal ini buat aku takut dan sangat takut. Beberapa hari aku runsing. Dengan siapa aku patut mengadu dan mohon perlindungan. Kalau ada abangku di sini sudah tentu mukanya biru.Tetapi, akhirnya aku menemui jalan penyelesaian apabila aku sedar, aku boleh memohon perlindungan dari Tuhanku, Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Melindungi.. Sehebat mana pun dia mengganggu, dia tidak akan dapat meneruskan niatnya terhadapku, kerana Allah melindungi aku... ^_________^

Saturday, October 13, 2012

Biarkan aku bercinta dengan Tuhanku..

Posted by Cahaya Keremajaan at 4:10 AM 0 comments
Hari ini sayu lagi. Hati aku merayu-rayu tidak mahu diganggu. Biarkan aku bercinta dengan Tuhan ku. Cintaku belum cukup. Aku percaya bila cintaku cukup, di perjalanan nanti pasti Allah temukan aku dengan pencinta-Nya juga. InsyaAllah..^^

Friday, October 12, 2012

Dia cuma distractor

Posted by Cahaya Keremajaan at 11:23 PM 0 comments
Sehari suntuk aku jauh dari ketenangan. Semuanya gara-gara seorang lelaki yang mengganggu aku. Seolah-olah sedang tunjukkan perasaannya pula dengan aku. Entahlah. Hati aku ada, tapi untuk cinta, agak kurang berfungsi buat masa ini. Sudahlah aku tengah bingung tentang isu balik atau tidak, dia pula datang mengganggu. Maaflah, aku cuma anggap dia distractor. Aku punya impian lebih besar dan aku pasti destinasi aku itu wujud. Bukan dia. Ya Allah, bukan dia. Amin.

Thursday, October 11, 2012

Niat tertunda

Posted by Cahaya Keremajaan at 8:10 PM 0 comments
Aku cuma seorang perempuan biasa. Aku senang melihat perempuan yang menutup auratnya bersungguh-sungguh. Tuduh labuh,langkahnya lembut, senyumnya manis. Dalam hati terdetik " kan bagus kalau aku pun begini". Tapi entah kenapa, langkahku sukar. Mungkin salah aku sendiri. Bukan mungkin.Memang salahku sendiri. 

Tertanya-tanya aku, bilakah niat ini berhasil. Pernah satu masa,aku tanamkan niat hendak bertudung lebih labuh. Selesa. Aku cuba membeli secara online. Window shopping dan aku kata, nanti, kerana sekarang aku tidak berduit. Baru-baru ini, seorang sahabat aku sudah mula memakai tudung labuh. Aku sempat memuji tudungnya. "cantiknya tudung..." dan dia menjawab " beli online".. Teringat aku pada niat tertunda aku dulu. Dan niat itu suda tertunda lama. Entah sudah dekat setahun rasanya. Bilalah waktu ku tiba. Sedangkan Allah pernah berfirman, Allah tidak akan mengubah nasib hambanya jika hambanya sendiri tidak berusaha untuk mengubah.

Catatan :
Bantu aku Allah....

Buku kiri atau buku kanan?

Posted by Cahaya Keremajaan at 7:52 PM 0 comments

Aku khusyuk mencari video-video tentang Islam. Hari ini terdetik pula hati kembali kepada hobi yang dahulu.Video demi video aku tonton. Tiba di satu video, meremang bulu tengkuk aku tengok. Video seorang lelaki yang memakai jubah putih di Syria. Dalam suasana yang riuh akibat tembak menembak, tiba-tiba dia datang menyelamatkan seorang mangsa tembakan. Hebatnya. Aku rasa tu salah satu keajaiban yang Allah cuba perlihatkan. Pertolongan akan datang dan ia benar-benar wujud. Aku tertarik pula untuk membaca comment untuk video tersebut. Ada yang kata itu malaikat dan ada pula yang kata tidak boleh kata itu malaikat. Imaginasi aku terus beralih terhadap persoalan itu. "Begitukah malaikat? Kan bagus kalau banyak lagi video begitu. Aku berminat untuk tahu benda-benda yang aku tidak pernah lihat" Tapi!! Kan tidak boleh. Kita mesti percaya perkara-perkara ajaib tersebut. Salah membayangkan yang bukan-bukan. Sia-sia pula aku berdosa. 

Tapi, aku sibuk-sibuk fikir macam tu, kan di kiri kanan aku sekarang ada malaikat. Apa yang aku tulis sekarang pun sedang di nilai. Catatan buku kiri atau catatan bukan kanan. Subhanallah..=) 

Aku masih lagi dalam ruangan Youtube. Apa lagi hendak aku tonton? Teringat pula dengan video seorang wanita berpurdah yang menangis bila diajukan tentang Rasulullah. Tapi entah bagaimana kali ini aku hendak cari video tersebut. Menyesal pula dahulu kala aku tidak memuat turun video tersebut. Nah kau, habis key point aku tulis. Akhirnya? Terjumpa jua aku video itu. Subhanallah. Masih lagi perasaan yang sama bila menonton video ni. Aku pun mau jadi macam dia. Bersihkan hati ku Ya Allah...

Catatan:
Apa aktiviti aku hari ini. Aku rasa haruslah aku mengosongkan bekas pakaian yang sudah dipakai aku. Kalaulah itu tabung, sudah tentu aku jutawan. Hehe..

Tuesday, October 9, 2012

MC suka hati...

Posted by Cahaya Keremajaan at 5:51 AM 0 comments
Assalammualaikum.

Hari ni rasa kurang sihat. So dengan sesuka hatinya aku ambik MC. Aktiviti aku hari ni tidur, main game dan tengok movie. Bila aku bangun tidur ja, aku tengok muka di cermin, ada sesuatu yang pelik aku nampak. Bukan imej pada cermin, tapi biji mata aku sebelah merah. Argh!! Panik!. Bila aku tengok lama-lama macam biji mata tu memburuk kan dirinya. Palis2. Tapi langsung nda sakit mahupun gatal. So, i guess pasal sakit 'panas dalam' yang aku alami hari ni. Lepas tu, aku rajin-rajinkan diri pegi mandi dan akhirnya, merah itu kurang. Alhamdulillah....

Dan sedang2 aku blogging ni, Bibi dan Rai datang bawa bubur. Yeaa..makan free...Rezeki datang ke bilik. Alhamdulillah. Hari tu aku ke medan selera, tengok bubur ni macam sedap ja. Sekalinya tanya harga RM 1 untuk satu mangkuk yang sangat 'cute'. Terus aku x jadi. Dan syukur Alhamdulillah, bubur ni memang rezeki aku.. Terima kasih Bibi dan Rai..^____^

Saturday, October 6, 2012

2 jam 30 minit sebelum pegi dinner

Posted by Cahaya Keremajaan at 12:25 AM 0 comments
Salam.

         Hai readers..Hari ni owner blog ni akan ada dinner perpisahan kot namanya untuk senior-senior sem 8. Next sem owner blog ni plak akan bergelar sem 8. PEACE!^^ Bila sebut pasal dinner ni, memang timbul komplikasi berkenaan dengan baju. Adeh. Memang aku teda baju sesuai ni. Belasah ja lah skirt yang aku pinjam ngan kawan dengan baju pi kk aku.yang penting berbaju. Tapi kalo dinner ni yang aku suka, make up.hehe..terasa macam berada di kelas pendidikan seni visual. Lukis-lukis, warna-warna. 

     Perut yang kian kuat mengetuk-ngetuk lapisan-lapisan perut dibiarkan saja. Dengan harapan besar, makanan  event malam ni sedap. Amin... Bestnya makan di luar kan. weee~~


       

 

cerita si kelip-kelip Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea