Monday, April 15, 2013

Posted by Cahaya Keremajaan at 2:47 AM 0 comments
Jauh dari jawapan,
kenapa aku suka hujan,
Kenapa aku boleh memandang bintang lama,
sedangkan dia cuma berkelip-kelip,
yang aku tau cuma perasaan senang...

Kelmarin tiba-tiba ku temui jawapan,
"sekiranya kekasih kamu berikan kamu hadiah,
tiap kali kamu memandang hadiah itu,
tiap kali kamu memegang hadiah itu,
kamu akan rasa dia dekat,
walau dia jauh dari mata..
begitulah perasaanku dengan hujan,
sunyiku hilang...
itulah jawapannya,
hujan itu Allah yang beri,
ku tahu tiada siapa yang dapat berikan hujan itu,
Hanya Dia..
kerana itu, 
ku amat senang dengan hujan,
Allah yang turunkan hujan,
walau ku tidak dapat lihat Dia,
walau ku tidak dapat dengar Dia,
tapi bila Dia turunkan hujan itu,
ku rasa Dia dekat,
bila ku rasa Dia dekat,
rinduku makin kuat,
tiap kali sujudku,ku tau waktu itu Dia paling dekat..
yang aku tau, rindu ku makin kuat..


"kenapa kau suka hujan?"
"......entahlah..aku rasa hepi. macam disayang. Sunyi aku hilang"

 

cerita si kelip-kelip Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea