Monday, January 21, 2013

hey mr extraordinary

Posted by Cahaya Keremajaan at 4:27 AM 0 comments
Yang aku tunggu bertahun-tahun ni belum tentu akan jadi milik. Dan yang aku tunggu ni juga tidaklah sesempurna mana. Belum bercinta pun sudah menyakitkan hati. Mungkin ada sebab Allah tutup hatinya untuk aku yang inesen ni. Aku yakin mr extraordinary is waiting. Serious weh. Jalan hidup aku makin lama makin WOW. Aku dapat pensyarah terbaik untuk jadi pembimbing, aku tiba-tiba tukar sekolah, aku dapat A untuk pembentangan thesis. What else come to me? Hopefully anak datuk ka jutawan ka yang tampan bergaya pegi pinang aku nanti. Manalah tau. Kan aku beriya-iya setia dengan cinta pertama aku ni sejak tahun 2008 lagi. Sekarang tahun 2013 ok. Bukan setia menanti tu namanya? Padahal orang tu layan kita macam kawan ja pun.  Oleh itu, aku yakin something extraordinary is waiting for an amazing girl like me. ^^

perasaan tidak sanggup

Posted by Cahaya Keremajaan at 2:17 AM 0 comments
Ada satu perasaan 'tidak sanggup' dalam diri aku untuk tempuhi hari ke dua praktikum. Sedangkan betapa tinggi motivasi aku pagi ini mulakan hari dengan restu ibu bapa. Tempat itu sejuk,berangin-angin. Hijau jadi hiasan sekeliling sekolah. Tapi.. entah kenapa perasaan ini datang selepas bangun tidur tadi. Sedangkan ALLAH sudah bagi aku kesempatan berpraktikum dengan tujuh orang rakan. Ya tujuh orang rakan. Sekelip mata aku dibenarkan berpindah sekolah kerana sahabat praktikum ku menarik diri tahun ini dan akan menyambung pelajaran tahun hadapan bersama junior.

Mengimbau kembali semester lepas, pentadbirannya berperang-perang. Aku jadi tertekan. Tertekan yang memang tertekan. Tapi pengalaman mengajar aku, sekolah tidak begitu beri kesan terhadap praktikum sebenarnya. Biarlah mereka berperang, apa yang aku boleh lakukan? Lihat selepas habis, aku tidak dapat apa-apa dari peperangan itu, baik negatif mahupun positif. Oleh itu, sekolah ini balik lambat atau cepat, banyak kerja sikit kerja, aku cuma perlu buat saja. Tau kenapa? Kerana yang penting ialah sebagai seorang guru praktikum, prestasi ketika mengajar lebih penting. RPH siap, BBM ada, sahsiah terjaga. Itu sajalah.

Allah beri aku seorang penyelia yang sms aku petang tadi " kalau ada masalah praktikum, share ya"..

Ya Allah, memang aku tertekan dengan ke'strict'an nya dalam bekerja. Tapi, belum pernah lagi aku jumpa pensyarah yang hati mulia begini. Terima Kasih Ya Allah..

Apa lagi yang aku mau, bila aku dapat mengajar tahun 4 iaitu tahun yang aku target. English pula tahun 3. Apa lagi? Masa mengajar pula masa minimum.. Subhanallah...Cukup lah sudah perasaan tidak sanggup ku ini. Perlu cucikan hati dengan Istighfar dan tempuhi malam pertama praktikum bersama-sama dengan kerja yang sepatutnya aku buat. ^^

Demi ibu bapa, sahabat yang aku cintai.

"aku harap dia dapat selesaikan masalahnya"

amin

Tuesday, January 15, 2013

Jangan yang paling jangan

Posted by Cahaya Keremajaan at 6:58 AM 0 comments
JANGAN REPLY MESEJ SAYA KALO KAMU DRIVING....

Mesti dia ingat aku main-main kan? Dia cakap dia driving. Waktu tu lama da aku sms-ing ngan dia. Marah betul aku. Kalo jadi apa-apa ngan ko waktu tu mcm mn? Itu satu hal.

Hal ke dua, dia tipu aku. Sebenarnya waktu tu dia tgh lepak ngan kawan2. Wow...punyala aku risau. Okeh, positivenya dia x driving. Satu ja aku minta, jgn reply mesej aku waktu driving. Tipu pun tipu lah..asalkan jgn reply mesej aku time driving.

Aku x leh maafkan diri aku tau, kalo ada apa2 jadi ngan ko. Serius. 


Saturday, January 12, 2013

Mimpi

Posted by Cahaya Keremajaan at 12:37 AM 0 comments

Assalammualaikum.

Hari ni genaplah 14 hari aku di Institut. Dalam keadaan sunyi begini, rumate yang pergi cari rumah sewa di sekitar Kunak, teringat-ingat ahli keluarga di Kampung yang sentiasa meriah. Petang ni aku mimpi anak buah aku. Namanya Hana. Dalam mimpi tu, aku hairan. "eh, kenapa lama nda nampak budak nih". Terasa perasaan rindu dan hairan di hati waktu tu. Kali ni kali ke 2 aku mimpi macam tu. Aku termimpi orang yang lama aku nda jumpa dan aku rasa perasaan rindu secara terus dalam hati. 2 tahun yang lepas, lepas makcik aku meninggal, aku termimpi arwah. Dalam mimpi tu,aku hepi betul dapat jumpa dia. Terbit rasa rindu dalam hati waktu tu.

Bicara soal mimpi, baru aku teringat mimpi aku yang semalam. Aku kata dengan rumate, aku tak ingat mimpi aku semalam, yang aku ingat,mimpi aku semalam sibuk.

Sekarang aku sudah ingat. Mimpi sedih.

Lepas tu, aku mimpi plak kawan lelaki aku datang ke rumah aku di kampung. Kenapa aku teringatkan kau pula? Sedangkan ko nda reply pun mesej aku semalam.

Wednesday, January 9, 2013

Aku tanya aku jawab

Posted by Cahaya Keremajaan at 2:39 AM 0 comments
1.Bekas kekasih saya adalah :
Tett!!
2. Saya sedang mendengar :
bunyi kipas dan bunyi kereta lalu

3. Mungkin saya patut:
Mula buat AR.


4. Saya suka :
Tidur dan berangan

5.Sahabat-sahabat baik saya :
Ada di bilik masing-masing

6.Saya tak paham :
Macam mana mo buat AR.

7.Saya kehilangan :
Sedikit semangat buat masa ini


8.Ramai yang berkata :
STRESS buat Ar.

9.Makna nama saya :
cahaya keremajaan dan kecergasannya

10.Cinta itu adalah :
Misteri


11.Di suatu tempat, seseorang sedang :

Mengalami tekanan tahap maksimum.Get well soon


12.Saya akan cuba :
Lawan sikap malas saya.

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :
Sampai mati dan lepas mati

14.Telefon bimbit saya :
Kesunyian

15.Bila saya terjaga dari tidur :
Saya berharap waktu tu jam 12 tengah malam dan bukan jam 5 pagi.

16.Saya paling meluat apabila :
Berhadapan dengan pengecut

17.Pesta/Parti adalah :
Suatu event yg sy x suka.


18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
Hamster

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
Time kecik2.

20.Hari ini :
saya penat dan malas.

21.Malam ini saya akan :
Buat AR sampai habis

22.Esok pula saya akan :

Hantar AR dengan madam

23.Saya betul-betul inginkan :
seorang lelaki yg menyayangi sy ikhlas dan percaya sy bleh berubah

24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
Saya nampak AR

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :
Shopping!

26.Makanan Barat atau Jepun :
Melayu

27.Bilik yang terang atau gelap:
Gelap.

28.Makanan segera adalah :
Penyebab aku gastrik

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
Bye

30.Siapakah yang akan membalas kenyataan ini?
Nobosy2 but you

Sunday, January 6, 2013

23 April 1989 jumpa 23 April 1988 = Yea!!

Posted by Cahaya Keremajaan at 5:11 AM 0 comments
Assalammualaikum.

Mungkin wujud beberapa pasangan bercinta atau suami isteri di dunia ni yang berkongsi tarikh lahir yang sama. Bagi aku, itu luar biasa cuz aku belum pernah jumpa lagi kes macam ni. Mungkin ada banyak tapi aku malas mo menyibuk tanya tarikh lahir orang. Pada pendapat aku, kalau situasi ni berlaku alah..sweetnya. ^^

Tapi macam x best plak bila sambut birthday sama-sama kan? Cuba bayangkan, hari tu birthday kau, tapi at the same time mo sambut birthday partner ko plak. I mean, that day kan special day untuk si GF la contohnya, mau juga special treatment kan..hehe..ops ops..jangan fikir melalut plak. I mean bawa pi makan ka, anything la yang special. Tapi, oleh sebab birthday sama, x dptla jemputan VIP tu, cuz rasa x adil ja. 

Tapi, kongsi tarikh birthday yang sama dengan yang tersayang mesti sangat bermaknakan? X sambut pun x pa. hehe

* Sebenarnya aku minat ngan Hairul Azrin. Aku search profile dia, terkejut beruknya aku...23 April 1988..sob sob..ada jugak org hensem sama birthday ngan aku..terharu..cuma aku 89lah..eheks..


Saturday, January 5, 2013

Suara anak muda

Posted by Cahaya Keremajaan at 10:25 PM 0 comments
Assalammualaikum.

Umur aku tahun ni 24 tahun dan aku sudah 4 tahun setengah belajar di sebuah Institut Perguruan di Malaysia. Tahun ni tahun aku yang terakhir. Tahun ni negara kita akan mengadakan satu pilihan raya. So, kamu undi siapa? Aku sudah selamat mendaftarkan diri sebagai pengundi tapi aku belum pernah mengundi pasal sepanjang 3 tahun aku berdaftar sebagai pendaftar tiada pun pilihan raya.  So, tahun inilah anak muda di negara Malaysia berpeluang untuk mengundi termasuklah aku.

Sebagai seorang anak muda sudah tentulah pendapat aku berbeza dengan bapa serta abang berkenaan dengan politik. Perbezaan tersebut atas banyak faktor. Antara faktor tersebut ialah faktor sumber maklumat. Bagi golongan yang lebih senior, sumber maklumat berkenaan politik diterima melalui newspaper, televisyen,radio, perbincangan dengan kawan-kawan mahupun kempen-kempen pilihan raya. Tapi bagi aku, sumber utama aku hanyalah internet dan kadang televisyen dan newspaper. Ya lah, kan aku sekarang tinggal di asrama. Tengok tv jarang, dengar radio malas apatah lagi baca newspaper. Kalo di institut ni ada jual news paper memang aku beli. Tapi untuk ke bandar 45 minit perjalan. Fuh...jauh.

Mengikut pengalaman aku baca news paper(dirumah), sumber ni hanya berpihak kepada satu pihak saja. Maksudnya x adil la. Tapi as salah seorang warga akademik, aku sudah biasa melihat dari perspektif positif dan negatif. So, bila baca newspaper dan sumber tu memuji-muji satu pihak saja dan mencela pihak yang lain aku rasa not fair.

Itu tidak bermaksud aku sokong pihak yang satu lagi. Perkara tu buat aku, sebagai anak muda yang tidak hanya duduk di rumah tengok cerita korea,rasa lebih terpanggil untuk buka internet dan search cerita tentang pihak yang satu lagi. Even, di dalam facebook pun aku  follow pemimpin-pemimpin yang satu lagi. Aku rasa x bestlah bila orang-orang atasan mencela sesama sendiri. Janganla...

Televisyen pula, siarannya lebih kurang sama dengan newspaper. Macam Mat luthfi kata dalam video temuramah di Utube tu, tv banyak siarkan sesuatu yang orang suka dan tidak siarkan yang orang tidak suka (berkenaan politik). So, sounds sangat tidak fair kan?

Pasal tu la aku lagi prefer internet pasal di internet ni aku anggap satu saluran untuk rakyat suarakan pendapat dengan bebas. Semua maklumat ada di sini. Maka, terpulanglah kepada rakyat Malaysia untuk berfikir dengan bijaksana untuk memilih pemimpin masing-masing.

Tapi as students, aku sangat berterima kasih dengan Perdana Menteri kita pasal banyak mengurangkan beban aku sebagai seorang pelajar. Antaranya ialah elaun bagi guru-guru pelatih. Dengan adanya elaun tu, aku sudah dapat mengurangkan beban ibu bapa aku. Selain tu, kad siswa juga banyak membantu aku membeli buku dengan sedikit diskaun. Selain tu lagi, bonus yang bapa,mama,abang dan kakak aku dapat baru-baru ni, banyak mengurang beban kami sekeluarga.

TERIMA KASIH PERDANA MENTERI.^^

Friday, January 4, 2013

REDHA AR

Posted by Cahaya Keremajaan at 3:44 AM 0 comments
Assalammualaikum.

Sekarang aku menulis di atas meja stadi yang aku telah aku guna selama 4 tahun setengah. Di sini aku habiskan banyak masa, blogging, fb-ing, makan, duk lepak, felt-ing dan banyak lagi. Maklumlah tiada sofa kan..hehe..

Saat ini aku tengah dengan lagu Sayang-Shae yang di cover oleh Abd Halim Ahmad dan selepas ini aku akan dengar lagu Allahu Rabbi yang juga di nyanyikan oleh Abd Halim. Suara sedap lagu best buat stress aku hilang. Bersesuaianlah kemunculan lagu ni di laptop aku, disaat aku memerlukan motivasi untuk terus segar dan stay depan laptop untuk menyiapkan AR aku.

Berkenaan dengan AR aku, aku telah pun selamat dijodohkan dengan seorang pensyarah yang bagi aku terhebat di sini. Allah saja yang tahu apa yang bermain dikepala aku yang juga guru pelatih sederhana pencapaian akademiknya. Allah jugalah yang tahu perasaan ku sekarang.

Tapi ini bukannya waktu untuk mengaku kalah, kerana semangat 'AKU BOLEH BUAT' kian kuat dalam hati aku. Gelapnya pandangan aku jadi terang bila aku terlihat kelibat hujan berguguran di lampu jalan. Dengan siapa lagi aku harus berterima kasih kalau bukan Dia yang menurunkan hujan, Allah. Terima Kasih Allah.

Kini, mungkin masanya aku memerah otak yang telah ditakdirkan untuk membuat AR yang ku fikirkan berat tapi ini takdirku. Allah tidak memberi dugaan yang tidak dapat aku tempuhi. In Shaa Allah..

Dengan semangat yang aku kuatkan demi keluargaku, yang bersusah payah menyenangkan hidupku di sini, aku akan teruskan perjuangan membuat AR ini.

Sekiranya tajuk AR ku di tolak suatu hari nanti, aku tabah dan akan aku terima seadanya, kerana aku percaya, semua itu telah tertulis dan di situ aku belajar erti REDHA.
 

cerita si kelip-kelip Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea