Saturday, January 5, 2013

Suara anak muda

Posted by Cahaya Keremajaan at 10:25 PM
Assalammualaikum.

Umur aku tahun ni 24 tahun dan aku sudah 4 tahun setengah belajar di sebuah Institut Perguruan di Malaysia. Tahun ni tahun aku yang terakhir. Tahun ni negara kita akan mengadakan satu pilihan raya. So, kamu undi siapa? Aku sudah selamat mendaftarkan diri sebagai pengundi tapi aku belum pernah mengundi pasal sepanjang 3 tahun aku berdaftar sebagai pendaftar tiada pun pilihan raya.  So, tahun inilah anak muda di negara Malaysia berpeluang untuk mengundi termasuklah aku.

Sebagai seorang anak muda sudah tentulah pendapat aku berbeza dengan bapa serta abang berkenaan dengan politik. Perbezaan tersebut atas banyak faktor. Antara faktor tersebut ialah faktor sumber maklumat. Bagi golongan yang lebih senior, sumber maklumat berkenaan politik diterima melalui newspaper, televisyen,radio, perbincangan dengan kawan-kawan mahupun kempen-kempen pilihan raya. Tapi bagi aku, sumber utama aku hanyalah internet dan kadang televisyen dan newspaper. Ya lah, kan aku sekarang tinggal di asrama. Tengok tv jarang, dengar radio malas apatah lagi baca newspaper. Kalo di institut ni ada jual news paper memang aku beli. Tapi untuk ke bandar 45 minit perjalan. Fuh...jauh.

Mengikut pengalaman aku baca news paper(dirumah), sumber ni hanya berpihak kepada satu pihak saja. Maksudnya x adil la. Tapi as salah seorang warga akademik, aku sudah biasa melihat dari perspektif positif dan negatif. So, bila baca newspaper dan sumber tu memuji-muji satu pihak saja dan mencela pihak yang lain aku rasa not fair.

Itu tidak bermaksud aku sokong pihak yang satu lagi. Perkara tu buat aku, sebagai anak muda yang tidak hanya duduk di rumah tengok cerita korea,rasa lebih terpanggil untuk buka internet dan search cerita tentang pihak yang satu lagi. Even, di dalam facebook pun aku  follow pemimpin-pemimpin yang satu lagi. Aku rasa x bestlah bila orang-orang atasan mencela sesama sendiri. Janganla...

Televisyen pula, siarannya lebih kurang sama dengan newspaper. Macam Mat luthfi kata dalam video temuramah di Utube tu, tv banyak siarkan sesuatu yang orang suka dan tidak siarkan yang orang tidak suka (berkenaan politik). So, sounds sangat tidak fair kan?

Pasal tu la aku lagi prefer internet pasal di internet ni aku anggap satu saluran untuk rakyat suarakan pendapat dengan bebas. Semua maklumat ada di sini. Maka, terpulanglah kepada rakyat Malaysia untuk berfikir dengan bijaksana untuk memilih pemimpin masing-masing.

Tapi as students, aku sangat berterima kasih dengan Perdana Menteri kita pasal banyak mengurangkan beban aku sebagai seorang pelajar. Antaranya ialah elaun bagi guru-guru pelatih. Dengan adanya elaun tu, aku sudah dapat mengurangkan beban ibu bapa aku. Selain tu, kad siswa juga banyak membantu aku membeli buku dengan sedikit diskaun. Selain tu lagi, bonus yang bapa,mama,abang dan kakak aku dapat baru-baru ni, banyak mengurang beban kami sekeluarga.

TERIMA KASIH PERDANA MENTERI.^^

0 comments:

Post a Comment

 

cerita si kelip-kelip Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea