Friday, January 4, 2013

REDHA AR

Posted by Cahaya Keremajaan at 3:44 AM
Assalammualaikum.

Sekarang aku menulis di atas meja stadi yang aku telah aku guna selama 4 tahun setengah. Di sini aku habiskan banyak masa, blogging, fb-ing, makan, duk lepak, felt-ing dan banyak lagi. Maklumlah tiada sofa kan..hehe..

Saat ini aku tengah dengan lagu Sayang-Shae yang di cover oleh Abd Halim Ahmad dan selepas ini aku akan dengar lagu Allahu Rabbi yang juga di nyanyikan oleh Abd Halim. Suara sedap lagu best buat stress aku hilang. Bersesuaianlah kemunculan lagu ni di laptop aku, disaat aku memerlukan motivasi untuk terus segar dan stay depan laptop untuk menyiapkan AR aku.

Berkenaan dengan AR aku, aku telah pun selamat dijodohkan dengan seorang pensyarah yang bagi aku terhebat di sini. Allah saja yang tahu apa yang bermain dikepala aku yang juga guru pelatih sederhana pencapaian akademiknya. Allah jugalah yang tahu perasaan ku sekarang.

Tapi ini bukannya waktu untuk mengaku kalah, kerana semangat 'AKU BOLEH BUAT' kian kuat dalam hati aku. Gelapnya pandangan aku jadi terang bila aku terlihat kelibat hujan berguguran di lampu jalan. Dengan siapa lagi aku harus berterima kasih kalau bukan Dia yang menurunkan hujan, Allah. Terima Kasih Allah.

Kini, mungkin masanya aku memerah otak yang telah ditakdirkan untuk membuat AR yang ku fikirkan berat tapi ini takdirku. Allah tidak memberi dugaan yang tidak dapat aku tempuhi. In Shaa Allah..

Dengan semangat yang aku kuatkan demi keluargaku, yang bersusah payah menyenangkan hidupku di sini, aku akan teruskan perjuangan membuat AR ini.

Sekiranya tajuk AR ku di tolak suatu hari nanti, aku tabah dan akan aku terima seadanya, kerana aku percaya, semua itu telah tertulis dan di situ aku belajar erti REDHA.

0 comments:

Post a Comment

 

cerita si kelip-kelip Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea