Monday, January 21, 2013

perasaan tidak sanggup

Posted by Cahaya Keremajaan at 2:17 AM
Ada satu perasaan 'tidak sanggup' dalam diri aku untuk tempuhi hari ke dua praktikum. Sedangkan betapa tinggi motivasi aku pagi ini mulakan hari dengan restu ibu bapa. Tempat itu sejuk,berangin-angin. Hijau jadi hiasan sekeliling sekolah. Tapi.. entah kenapa perasaan ini datang selepas bangun tidur tadi. Sedangkan ALLAH sudah bagi aku kesempatan berpraktikum dengan tujuh orang rakan. Ya tujuh orang rakan. Sekelip mata aku dibenarkan berpindah sekolah kerana sahabat praktikum ku menarik diri tahun ini dan akan menyambung pelajaran tahun hadapan bersama junior.

Mengimbau kembali semester lepas, pentadbirannya berperang-perang. Aku jadi tertekan. Tertekan yang memang tertekan. Tapi pengalaman mengajar aku, sekolah tidak begitu beri kesan terhadap praktikum sebenarnya. Biarlah mereka berperang, apa yang aku boleh lakukan? Lihat selepas habis, aku tidak dapat apa-apa dari peperangan itu, baik negatif mahupun positif. Oleh itu, sekolah ini balik lambat atau cepat, banyak kerja sikit kerja, aku cuma perlu buat saja. Tau kenapa? Kerana yang penting ialah sebagai seorang guru praktikum, prestasi ketika mengajar lebih penting. RPH siap, BBM ada, sahsiah terjaga. Itu sajalah.

Allah beri aku seorang penyelia yang sms aku petang tadi " kalau ada masalah praktikum, share ya"..

Ya Allah, memang aku tertekan dengan ke'strict'an nya dalam bekerja. Tapi, belum pernah lagi aku jumpa pensyarah yang hati mulia begini. Terima Kasih Ya Allah..

Apa lagi yang aku mau, bila aku dapat mengajar tahun 4 iaitu tahun yang aku target. English pula tahun 3. Apa lagi? Masa mengajar pula masa minimum.. Subhanallah...Cukup lah sudah perasaan tidak sanggup ku ini. Perlu cucikan hati dengan Istighfar dan tempuhi malam pertama praktikum bersama-sama dengan kerja yang sepatutnya aku buat. ^^

Demi ibu bapa, sahabat yang aku cintai.

"aku harap dia dapat selesaikan masalahnya"

amin

0 comments:

Post a Comment

 

cerita si kelip-kelip Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea